fbpx
Tangkap layar hantaran burung merpati yang di beri sisa makanan oleh jiran di belakang rumahnya.

Jiran buang sisa makanan, rumah dipenuhi burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berang dengan tindakan jiran yang dipercayai memberi sisa makanan kepada burung merpati di belakang rumahnya.

Menerusi hantaran pengguna Facebook, tindakan jirannya menyebabkan banyak burung merpati menunggu di rumahnya sekali gus menjadi punca rumah menjadi busuk akibat najis dan sisa makanan tersebut.

“Bagi makan burung, baling sisa makanan belakang rumah orang. Bukannya belakang rumah sendiri. Masa aku di luar rumah untuk mengemas pasu, tak berani keluar untuk letak sisa makanan.

“Aku ini muka memang garang tapi tak berani nak menegur. Nanti cakap aku suka cari gaduh. Buang sisa makanan di belakang rumah aku, burung-burung bertenggek dan mati di laman rumah aku,” katanya.

Malah katanya, jiran tersebut pernah memelihara ayam sebelum ini selain turut membuang sampah serta sisa makanan di rumah jiran-jiran.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuk rata-rata berkongsi pengalaman buruk bersama jiran yang tiada pertimbangan wajar (common sense).

“Saya pun pernah kena dengan jiran macam ini. Semua sisa makanan basi dicampak belakang rumah, tapi bila ditegur, katanya untuk burung makan,” komen @NorainiAbdrahman.

“Jiran saya pun suka beri burung merpati makan di belakang rumah saya sehingga burung itu masuk dalam siling rumah dan buat sarang. Memang kena tegurlah dengan suami,” komen @NurNilam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN