fbpx
NOOR Aini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 6 Disember lalu. FOTO NOR SHAFAWATI YUP

Duda minta air sebelum cabul budak dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, awal bulan lalu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Noor Aini Ismail, 63, mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah turut memerintahkan warga emas itu menjalani sesi kaunseling dan berada di bawah pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan kelak.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di garaj sebuah rumah di Taman Desa, Port Dickson dekat sini pada 6 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN