fbpx
PENEMBAK negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz menyumbangkan pingat emas ke-50 buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Sukan SEA: Haritz Iklil bidik emas ke-50, pecah rekod temasya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Penembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz mencipta sejarah tersendiri apabila menyumbangkan pingat emas ke-50 buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Kejayaan dalam acara 50 meter (m) Rifle 3 Position itu bertambah manis apabila bidikan Haritz pada aksi final turut memecahkan rekod temasya dengan catatan 447.5 mata.

Jumlah mata itu sekali gus memadam rekod lama 445.3 mata yang dipegang oleh jaguh tuan rumah, Napis Tortungpanich ketika edisi 2021 di Vietnam.

Dalam aksi mendebarkan itu, pingat perak menjadi milik penembak Singapura, Marat Lleyton P Veloso yang melakukan catatan 446.6 mata manakala atlet berpengalaman Indonesia, Fathur Gustafian terpaksa berpuas hati dengan gangsa (437.7 mata).

Kemenangan itu ternyata penuh emosi buat Haritz apabila beliau mendedikasikan pingat berkenaan kepada Allahyarham bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu.

Jelasnya, sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga menjadi pendorong utama untuknya bangkit melakar kejayaan gemilang di bumi Bangkok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN