fbpx
BARISAN pemain dan kejurulatihan bergambar sebelum aksi final menentang Thailand hari ini. - MHC

Sukan SEA: Speedy Tigers pesta gol raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHONBURI – Skuad hoki lelaki negara mengotakan janji mereka untuk meraih pingat emas selepas membelasah pasukan tuan rumah, Thailand 8-0 pada aksi final hari ini.

Kemenangan bergaya di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, Kampus Chonburi itu menyaksikan skuad Speedy Tigers di bawah kendalian Sarjit Singh menambah koleksi pingat emas Sukan SEA kepada 18 pingat sejak penyertaan pertama pada 1971.

Sebagai rekod, dominasi Malaysia dalam acara itu hampir sempurna apabila hanya sekali menamatkan saingan selaku naib juara pada edisi 1973 di Singapura.

Pada aksi final tersebut, Malaysia hanya memerlukan 15 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhajir Abdu Rauf, sebelum Speedy Tigers meraih dua gol pantas menerusi Faiz Helmi Jali (m-27) dan Nik Aiman Rozemi (m-28).

Pesta gol negara diteruskan menerusi jaringan Fitri Saari pada minit ke-42 dan berselang lapan minit kemudian, Alfarico Lance Liau menambah derita tuan rumah engan ol kelima.

Kemenangan Malaysia tutup dengan penuh bergaya oleh Amanraj Singh apabila meledak hatrik menerusi tiga jaringan pada minit ke 55, 57 dan minit ke-60, sekali gus menghadiahkan emas buat kali ke-17 berturut-turut di pentas Sukan SEA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN