![]() |
MANILA, Filipina, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ — Lembaga Zon Ekonomi Filipina (PEZA) dan syarikat teknologi tenaga yang berpangkalan di Singapura, Ampotech telahpun menandatangani memorandum persefahaman untuk memasang atur penyelesaian pengurusan tenaga dan karbon pintar di taman industri dan kemudahan PEZA. Projek penting ini, yang masih berada di peringkat perbincangan, akan memperlihatkan impak dunia sebenar dalam menyatukan dan mengoptimumkan sistem pengurusan tenaga bangunan, storan tenaga dan solar, serta penjejakan aset bagi memberikan penjimatan tenaga dan kebolehkesanan emisi karbon untuk PEZA dan syarikat-syarikat yang terletak di zon ekonomi khas mereka.

From left to right: Eric San Pedro (Managing Director, Ampotech Philippines), William Temple (CEO, Ampotech), Tereso O. Panga (Director General, PEZA), Anidelle Joy M. Alguso (Deputy Director General for Policy & Planning, PEZA)
PEZA, di bawah kepimpinan pemimpinnya yang berpandangan jauh, Ketua Pengarah Tereso Panga, bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan pengendalian ekozon, estet industri, zon pemprosesan eksport dan zon perdagangan bebas di Filipina. Kelestarian merupakan aspek yang utama dalam aktiviti-aktiviti PEZA dan organisasi ini sedang melaksanakan inisiatifnya, termasuk program solar bumbungan berskala besar dan usaha penyahkarbonan tenaga.
Ketua Pengarah Panga berkata, "PEZA mengambil langkah penting dalam menerapkan prinsip-prinsip kelestarian dan ESG dalam operasinya. Justeru itu, kami mengambil inisiatif terhadap menjamin kerelevanan, mengembangkan, menerima pakai, memperkasakan dan memodenkan ekozon kami — bermula daripada integrasi tenaga boleh baharu dan program sisa-kepada-sumber hinggalah pelaporan operasi lestari dan pensijilan taman eko-perindustrian."
Bagi Ampotech, projek ini memperlihatkan kemasukannya ke Filipina susulan pengembangan selama setahun yang menyaksikan pembukaan pejabat di Malaysia, Hong Kong SAR dan Indonesia. Syarikat ini akan membina rekod prestasinya dalam memasang atur penyelesaian tenaga berasaskan AI dan Internet Pelbagai Benda (IoT) di beratus-ratus kemudahan komersial dan industri serta aset solar bagi menyediakan projek demonstrasi bersepadu untuk PEZA.
"Kami berasa teruja untuk berkolaborasi dengan PEZA dalam inisiatif ini. Visi dan skala Ecozone mereka memberikan satu peluang unik untuk memperlihatkan rangkaian keupayaan penuh pada platform AmpoCloud kami dan mencetuskan impak bermakna yang boleh berperanan sebagai templat untuk zon ekonomi dan taman industri yang lain di seluruh Asia Tenggara," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Ampotech, William Temple.
Aktiviti-aktiviti peninjauan akan dijalankan dengan koordinasi bersama PEZA bagi membangunkan rangka kerja pelaksanaan merentas pelbagai ekozon dan mentakrifkan langkah-langkah yang seterusnya. Projek ini dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026. Keterlibatan ini dapat menyokong usaha PEZA yang lebih luas dalam memperkenalkan infrastruktur generasi akan datang yang cekap, pintar dalam seluruh ekozonnya.
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4850607_MS50607_6















