fbpx
Tangkap layar menunjukkan televisyen bersaiz besar diangkat menggunakan kren ke dalam rumah.

[VIDEO] Tidak muat melalui tangga, TV diangkat guna kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mencuri perhatian ramai selepas menggunakan perkhidmatan kren untuk mengangkat televisyen (TV) bersaiz besar yang baru dibeli ke dalam rumahnya.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @elnansssss, kelihatan sebuah televisyen bersaiz 100 inci (245 sentimeter) diangkat menggunakan kren ke dalam sebuah rumah selepas mendapati ia tidak muat melalui laluan tangga.

“Akibat beli televisyen besar, tangga pun tidak muat. Kren sahaja solusinya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya turut terhibur dengan situasi berkenaan.

“Antara salah satu cara nak bagitahu semua jiran-jiran yang kita baru lepas beli televisyen baharu. Tapi ‘keras’ betul modal,” komen Muhaimin Abd.

“Ya, kak. Ini bukan jiran saja tahu, kami pun boleh nampak akak beli televisyen baru,” seloroh Naywarsl.

“Ni tak perlu nak berlagak dengan jiran letak kotak televisyen depan rumah selama sebulan. Ni terus bawa kren terus ni,” kata Amar Ashraf. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN