fbpx
MALAYSIA merangkul tiga emas menerusi acara Muay Thai menerusi (dari kiri) Mikhail Ghazali Zulfikar (kiri), Angie dan Wassof Rumijam.

Sukan SEA: Bakal terima ganjaran lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Kejayaan skuad muay thai negara merangkul tiga pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025 disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa, apatah lagi ia melebihi sasaran awal satu emas yang ditetapkan.

Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Shahnaz Azmi mengakui bangga dengan prestasi atlet muda negara yang berjaya memecahkan dominasi tuan rumah, biarpun tanpa kehadiran bintang-bintang ternama seperti Johan Ghazali (Jojo), Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mahupun Rifdean Masdor di Bangkok.

“Sebenarnya sasaran kita di sini hanya satu pingat emas, namun atlet muda kita, termasuk yang berusia 16 tahun, telah mempamerkan prestasi membanggakan sekali gus membawa pulang tiga emas. Ini satu pencapaian sangat bagus memandangkan muay thai bukan sukan teras di Malaysia.

“Kejayaan ini membuktikan strategi kita mendedahkan atlet muda untuk menimba pengalaman sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2027 di laman sendiri, berada di landasan tepat,” katanya.

Sebagai penghargaan, Shahnaz mengumumkan ganjaran tunai peribadi sebanyak RM5,000 kepada setiap pemenang pingat emas yang akan dikreditkan terus ke akaun mereka pada hari yang sama.

Jelasnya, ganjaran ini adalah tambahan kepada insentif kemenangan yang diberikan pada setiap pusingan awal, termasuk bonus RM2,000 bagi kemenangan dominan atau ‘knockout’ (KO).

Beliau juga optimis skuad negara mampu menyapu lebih banyak emas pada Sukan SEA 2027 nanti apabila Malaysia menjadi tuan rumah, dengan jangkaan lebih 10 kategori dipertandingkan berbanding hanya lima kategori lelaki pada edisi 2017.

“Dengan kejayaan tiga emas ini, saya yakin Majlis Sukan Negara (MSN) akan mempertimbangkan untuk menjadikan muay thai sebagai sukan sepenuh masa, atau sekurang-kurangnya dimasukkan dalam program bakat,” ujarnya optimis.

Mengenai kemenangan sensasi Yan Jia Chi (Angie) dalam acara wai kru yang menewaskan juara dunia senior tuan rumah, Shahnaz menyifatkan ia sebagai satu ‘keajaiban’ dan mengesahkan acara seni itu pasti akan dipertandingkan di Malaysia kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN