fbpx
Prabowo melawati mangsa banjir di Aceh Tamiang, wilayah Sumatera Utara baru-baru ini. - AFP

Terima kasih, Indonesia mampu uruskan sendiri bencana – Prabowo Subianto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa Jakarta mampu menguruskan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Indonesia serta menolak bantuan mana-mana negara, lapor portal berita Tempo.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas dihubungi beberapa pemimpin asing yang berhasrat menghantar bantuan.

“Saya dihubungi oleh ramai pemimpin negara lain yang ingin menghantar bantuan. Saya hanya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan mereka, namun Indonesia mampu mengatasi perkara ini,” kata Prabowo pada mesyuarat Kabinet di Istana Negara, Jakarta semalam.

Beliau turut menolak cadangan pengisytiharan ‘Bencana Nasional’ dengan alasan kerajaan telah menggerakkan bantuan ke lokasi terjejas dan situasi kini terkawal.

“Ada yang berteriak ingin (situasi) ini diisytiharkan sebagai Bencana Nasional. Kami telah kerahkan kakitangan dan bantuan di tiga daripada 38 wilayah. Jadi, keadaan terkawal dan saya akan terus pantau,” katanya.

Beliau turut merancang untuk menubuhkan sebuah Badan atau Pasukan Petugas Rehabilitasi dan Rekonstruksi yang berperanan mengawal selia proses pemulihan pasca banjir.

Menurutnya lagi, kerajaan Indonesia akan segera membina rumah untuk dihuni mangsa banjir secara sementara atau kekal bermula minggu ini.

“Berdasarkan laporan Menteri Perumahan dan Penempatan (PKP), Maruarar Sirait, pembinaan 2,000 unit rumah akan dimulakan minggu ini dan rumah-rumah ini berpotensi menjadi kediaman kekal,” tambah beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN