fbpx
Fadhlina (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan dokumen perakuan siap kerja pada Majlis Penyerahan Projek Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin di Bukit Mertajam, hari ini. -Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Kelas IBS ‘game changer’ tangani isu sekolah padat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan pembinaan kelas menggunakan kabin jenis Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai ‘game changer’ dalam menangani isu sekolah padat di seluruh negara.

Beliau berkata, projek berkenaan yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak Mei lalu menunjukkan impak ketara apabila kebanyakannya berjaya disiapkan dalam tempoh singkat.

“Kebanyakannya telah pun siap seratus peratus, ia adalah satu pembinaan yang bagi saya sangat bagi memberikan kesan langsung dan ‘game changer’ dalam soal infrastruktur.

“Setakat ini, sebanyak 127 projek pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan teknologi IBS telah dilaksanakan di seluruh negara, dengan 70 daripadanya melibatkan sekolah di Selangor.

“Pendekatan ini terbukti antara yang paling efektif setakat ini dan akan digunakan secara menyeluruh pada tahun hadapan, khususnya sempena pembukaan sesi persekolahan baharu. Ini antara pendekatan dan reformasi penting yang berlaku dalam soal infrastruktur dan pembangunan di peringkat KPM,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan teknologi IBS. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN