fbpx
SHARUL AIMY

Sukan SEA: Empat kali dibedah tak halang raih emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pernah disifatkan doktor mengalami kecederaan ibarat mangsa ‘kemalangan motosikal’, namun ia tidak menghalang jaguh gimnastik artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kebangkitan dengan pingat emas melombol Sukan SEA 2025.

Sharul Aimy membuktikan semangat juangnya cukup luar biasa apabila mengetepikan detik hitam terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali untuk mengungguli saingan yang berlangsung di Universiti Thammasat, Bangkok kelmarin.

Dia mengakui siri kecederaan dialaminya sebelum ini hampir memusnahkan kariernya, malah pernah terdetik untuk bersara lebih awal tetapi kembali bangkit membuktikan kemampuan.

“Saya sudah empat kali jalani pembedahan. Pada pembedahan pertama, doktor beritahu ini bukan kecederaan sukan biasa, ibarat kecederaan akibat kemalangan motosikal sehingga patah tulang.

“Memang saya hampir putus asa. Ibu bapa pun menyerahkan keputusan kepada saya sama ada mahu menyambung karier atau berhenti, namun saya kuatkan semangat untuk kembali,” katanya.

Dalam aksi final itu, Sharul Aimy bangkit daripada lompatan pertama yang kurang kemas untuk mempamerkan aksi cemerlang pada percubaan kedua.

Kejayaan itu membolehkan dia menukar warna pingat gangsa diraihnya pada edisi terdahulu kepada kilauan emas.

Sharul Aimy kini mengalihkan fokusnya untuk memburu podium di pentas lebih tinggi iaitu Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun dan Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang menjadi sasaran utama dalam kariernya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN