fbpx
Kebakaran di kondominium tingkat 26 di Tiffani Kiara, Mont Kiara, awal pagi tadi. - FACEBOOK HANNAH YEOH

‘Biar bomba buat kerja mereka, usah buat sebarang spekulasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menasihati penduduk kondominium di Tiffani Kiara, Mont Kiara, supaya menunggu arahan lanjut daripada pihak bomba sebelum kembali ke unit masing-masing.

Beliau berkata, Unit Forensik Bomba kini giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki berusia 38 tahun awal pagi tadi.

“Buat masa ini, biarkan bomba menyiapkan kerja mereka. Jangan buat sebarang spekulasi. Selepas siasatan forensik selesai, saya akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk melaksanakan audit keselamatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kelecuran 100 peratus dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dilapor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mendapati kebakaran berlaku di tingkat 26 bangunan berkenaan.

Empat pasukan bomba dari Sri Hartamas, Menjalara, Sentul dan Taman Tun Dr. Ismail dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran dan menjalankan operasi pembersihan asap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI