BANGKOK – Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara mencipta sejarah tersendiri apabila menyumbang emas pertama Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menewaskan Indonesia 7-3 di pentas final, sebentar tadi.
Skuad kendalian Wan Mohd. Roslan Wan Abd. Rahman mempamerkan penguasaan sejak awal permainan untuk membuka kilauan emas Malaysia di temasya dwitahunan itu.-KOSMO! ONLINE














