fbpx
GAMBAR fail pesawat Antonov An-22. - Foto Kementerian Pertahanan Russia/e2w

Pesawat tentera Russia terhempas, 7 dikhuatiri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sebuah pesawat pengangkut tentera Russia terhempas semalam dengan kesemua tujuh kru yang menaikinya dikhuatiri maut, lapor akhbar Daily Mirror.

Pesawat turboprop terbesar di dunia, Antonov An-22 terhempas di wilayah Ivanovo.

Pesawat pengangkut yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Russia itu dipercayai sedang melakukan penerbangan ujian selepas dibaik pulih apabila ia terhempas di Takungan Uvodskoye, daerah Furmanovsky.

Pasukan penyelamat hanya menemui serpihan pesawat terapung di permukaan air dan penilaian awal menunjukkan kesemua tujuh anak kapal di dalamnya meninggal dunia.

“Menurut maklumat awal, sebuah pesawat An-22 terhempas di wilayah Ivanovo. Terdapat tujuh orang berada di dalam pesawat,” kata sumber perkhidmatan kecemasan kepada agensi berita TASS.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Russia pula menyebut: “Hari ini (semalam) di wilayah Ivanovo ketika penerbangan ujian selepas pembaikan, sebuah pesawat pengangkut tentera AN-22 telah terhempas. Ia terhempas di kawasan tidak berpenghuni.”

Pesawat An-22 pertama kali melakukan penerbangan pada 27 Februari 1965 dan membuat penampilan sulung kepada orang awam di Pameran Udara Paris, Perancis pada tahun sama, di mana ia mencetuskan sensasi. 

Pesawat itu digunakan secara meluas oleh Tentera Udara Soviet dan kini Russia, untuk operasi angkatan udara ketenteraan dan kemanusiaan serta mencatat 41 rekod penerbangan dunia.

Ia merupakan pesawat berkuasa turboprop terbesar di dunia dan pesawat pengangkut berbadan lebar pertama di dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN