fbpx
ORANG ramai dilihat mula beratur untuk mendapatkan wang tunai RM100 yang diberikan Salim di bazar di Klebang, Melaka.

Kecoh video ‘lambai tangan dapat RM100’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tindakan ahli perniagaan, Datuk Salim Abdul Rahman mengagihkan wang tunai RM100 kepada pengunjung di sebuah bazar di Klebang, di sini menarik perhatian ramai selepas klip video kejadian itu tular di media sosial sejak petang semalam.

Dalam klip berkenaan, kedengaran beliau memberitahu wang tersebut hanya akan diberikan kepada mereka yang melambaikan tangan kepadanya.

“Siapa lambai tangan je dapat RM100. Lambai tangan je saya bagi” katanya sambil berjalan dan mengagihkan sebuku wang tunai yang dipegangnya.

Dalam rakaman berdurasi 38 saat itu, seorang lelaki yang menemaninya turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil wang tersebut lebih daripada sekali.

“Jangan ‘repeat’ dua kali, bagi rezeki pada orang lain pula,” katanya.

Pada masa sama, kedengaran suara individu lain dalam rakaman itu mengarahkan pengunjung supaya melambai tangan, menyebabkan orang ramai dilihat mula beratur untuk menunggu giliran menerima wang yang diagihkan secara terbuka.

Pemberian wang tunai RM100 itu bagaimanapun dipercayai berlaku pada beberapa hari yang lalu.

Video tular tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di platform Threads, termasuk ada yang mempersoalkan motif sebenar pemberian wang berkenaan serta menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Aku nak SPRM siasat macam mana orang macam ni boleh normalize kegiatan tabur duit dan bagi duit secara terang-terangan,” tulis @The_clasik1354.

“Aku setuju…mohon SPRM siasat! Siapa orang ni tiba-tiba menjelma di zaman madani! Sila siasat,” kata @Amni990009.

Sebahagian pengguna pula mempertahankan tindakan itu dan menganggap ia sebagai satu bentuk sedekah.

“Salah ke dia bagi?? Bukan dia nak apa-apa, dengki walaun,” tulis @Wanahmadserojawanharon.

“Orang bagi kita ambil! Undi hak masing-masing, ini baru sedekah,” kata @Syudazman96berkata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN