fbpx
Raja Nurmaria (dua dari kanan) pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 program N4HK yang diadakan di Bangi, baru-baru ini.

Program Kanak-kanak Lebih Sihat Nestle jangkau lebih 220,000 murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Program Kanak-kanak Lebih Sihat Nestle (N4HK) baru-baru ini meraikan Ulang Tahun ke-15 di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi yang menghimpunkan wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), guru-guru, ibu bapa dan murid.

Dilancarkan pada tahun 2010, N4HK kini merupakan salah satu program pendidikan pemakanan sekolah yang paling lama dijalankan di Malaysia, dan setakat ini telah menjangkau lebih 220,000 murid di 865 buah sekolah di seluruh negara.

Inisiatif tersebut membekalkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan pengetahuan penting mengenai pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan amalan kebersihan melalui modul pembelajaran interaktif yang dikendalikan oleh pakar pemakanan bertauliah.

Impak program turut diperkukuh melalui N4HK PARENPRO, yang melibatkan ibu bapa dan penjaga bagi merapatkan jurang pengetahuan pemakanan serta mengukuhkan amalan pilihan lebih sihat di rumah.

Dengan menggabungkan pembelajaran berasaskan sekolah dan penglibatan ibu bapa, Nestle memastikan pendidikan pemakanan menjadi lebih praktikal, inklusif dan melangkaui bilik darjah.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestle Malaysia, Raja Nurmaria Murni berkata, menjengah tahun ke-15 inisiatif berkenaan merupakan satu pencapaian bermakna bagi syarikat, namun yang lebih penting ia mencerminkan ribuan kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik yang telah menerima manfaat daripadanya.

“Melangkah ke hadapan, kami komited untuk memperluas impak positif ini untuk mencapai setengah juta murid menjelang 2030, di samping memperkukuh penglibatan dengan ibu bapa melalui N4HK PARENPRO.

“Matlamat kami jelas, untuk menjadikan pemakanan sihat sebagai amalan praktikal dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI