fbpx
PASUKAN negara memulakan aksi final dengan langkah kanan, namun terpaksa akur tewas 1-2 untuk bergelar naib juara.

Malaysia naib juara dunia boling berpasukan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad boling negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Dunia IBF selepas tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat di pentas final hari ini.

Pada perlawanan akhir di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong, pasukan negara dibarisi Sin Li Jane, Gillian Lim, Natasha Roslan, Nora Lyana Nastasia Norkamal, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman.

Malaysia bermula dengan langkah positif apabila memenangi perlawanan pertama menerusi catatan mata 191-179 sebelum menyaksikan kebangkitan pasukan lawan.

Gandingan Julia Bond, Bryanna Cote, Shannon Pluhowsky, Lauren Russo dan Jillian Martin memperkemaskan balingan untuk memenangi dua set berikutnya 200-159 dan 199-185.

Terdahulu, pasukan negara mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas membenam cabaran Jepun 2-0 menerusi kemenangan 204-117 dan 198-145.

Pingat perak yang diraih menerusi acara berpasukan itu turut mengesahkan pingat gangsa keseluruhan wanita menjadi milik Malaysia dengan 273.29 mata manakala emas dimenangi Amerika Syarikat (302.21 mata) dan Singapura (285.13 mata) meraih perak.

Sementara itu, Adelia yang melakukan penampilan sulung pada Kejohanan Dunia turut menyumbangkan pingat perak buat pasukan negara menerusi acara perseorangan wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN