fbpx
Ahmad Zahid ketika menziarah jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada Jumaat. Foto oleh IVAN AMIRUL/KOSMO!

Bung Moktar hidupkan semula UMNO Sabah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎‎‎KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sangat diingati atas sumbangannya menghidupkan semula UMNO Sabah.

‎Beliau berkata, pemergian Ketua UMNO Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebagai kehilangan yang besar kepada parti itu.

‎Katanya, Ahli Parlimen Kinabatangan itu adalah antara tiga daripada 25 Ketua Bahagian UMNO Sabah yang terus cekal menghidupkan parti ketika UMNO berdepan dugaan berat pada 2018.

‎“Pada tahun 2018, beliau adalah tiga daripada 25 ketua UMNO bahagian yang terus cekal dalam UMNO dan menghidupkan UMNO kembali dan beliau adalah pemacu kepada kebangkitan semula UMNO di Negeri Sabah dan juga peringkat Nasional.

‎“Saya ucapkan sangat-sangat syukur atas sumbangan beliau selama beliau memimpin UMNO Sabah dan mudah-mudahan kesinambungan akan dilakukan oleh rakan-rakan beliau yang beliau tinggalkan. Insya-Allah kita mohon agar UMNO Sabah terus relevan dalam landskap politik negeri Sabah ini,” katanya.

‎Pengerusi BN itu ditemui selepas selesai solat jenazah Allahyarham Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, selepas solat Jumaat, hari ini.

‎Ahmad Zahid berkata, UMNO kehilangan sahabat dan pemimpin yang banyak berjasa dan menyumbang kepada parti itu.

‎“Saya dan rakan-rakan Kepimpinan UMNO dan BN berasa amat pilu dan sedih dengan pemergiaan Allahyarhan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, sahabat dan salah seorang kepimpinan UMNO di peringkat nasional dan khususnya di peringkat negeri Sabah.

‎“Kami kehilangan beliau yang amat sangat. Saya meminta agar keluarga beliau tenang, reda dan menerima qada’ dan kadar daripada Allah Ta’ala dan bersabar,” katanya.

‎Lebih 1,000 umat Islam menyertai solat jenazah yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting dan selesai pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, dekat sini untuk dikebumikan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI