BUKAN semua bangsa Cina tahu berbahasa Mandarin dan buktinya pempengaruh, Mekyun yang menggelarkan dirinya Mek Cino Kelate juga tidak pandai bertutur dalam bahasa ibundanya.
Terbaharu, dia dan abangnya, Abe Wee mencabar diri bertutur dalam bahasa Mandarin di sebuah restoran makanan Cina tetapi sayangnya, gagal!
“Malulah, tak mahu cakap Cina dah,” katanya selepas gagal memahami dan membalas pertanyaan pekerja restoran tersebut yang bertutur dalam bahasa Mandarin.
Menurut Mekyun, dia dibesarkan dengan tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Hokkien. Gelagat Mekyun di restoran tersebut meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur.
“Kelakar tengok reaksi Mekyun dan Abe Wee terpinga-pinga nak jawab soalan pekerja itu.
“Walaupun mereka gagal, tapi Mekyun buat kami bangga sebab dia sangat fasih berbahasa Malaysia. Mereka lagi Melayu dari orang Melayu,” komen netizen.














