KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah ke atas keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan menganggap arwah adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa buat negeri ini.
Hajiji yang tiba di kediaman Allahyarham pada pukul 8.56 pagi ini meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk menziarah jenazah selain bertemu dengan keluarga.
Beliau ketika ditemui berkata, Allahyarham Bung Moktar adalah seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sabah terutama sekali di kawasannya.
”Sebagai sahabat lama, kita amat bersimpati dan mengingati beliau dalam keadaan beliau. Baru-baru kita dengar beliau sakit dan sekarang telah meninggal dunia. Jadi saya amat sedih dan menjahirkan rasa simpati dan berdukacita,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi tadi di Hospital Gleneagles dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru serta mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.- KOSMO! ONLINE
Bung Moktar banyak jasa buat negeri Sabah – Hajiji
- Oleh IVAN AMIRUL
- 5 Disember 2025, 10:16 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Semoga atuk terus kuat…’
15 Jun 2026, 11:32 am

Hujan, ribut petir di semua negeri petang ini
14 Jun 2026, 3:40 pm

Ungkapan ‘Sabah jadi Columbia’ dorong Ayob Khan gempur sindiket Upek
13 Jun 2026, 5:49 pm

Projek Sabah Southern Madani Link jamin bekalan elektrik stabil – PM
13 Jun 2026, 3:54 pm

Rakyat Johor diminta bekerjasama capai visi negeri maju 2030 – Onn Hafiz
12 Jun 2026, 2:53 pm

NGO gesa SPRM siasat semula kes penyelewengan RM1.5 bilion Sabah
11 Jun 2026, 1:12 pm

Bekalan ikan Sabah mampu imbangi harga Semenanjung
10 Jun 2026, 2:09 pm

Tiba-tiba ramai datang tanya khabar
9 Jun 2026, 8:00 am






