PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) di Sarawak, ketika ini.
Maklumat terkini boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau platform media sosial rasmi jabatan. –KOSMO! ONLINE














