fbpx
Barisan pemain JDT meraikan gol yang dilakukan oleh Shane Lowry, sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

ACC: JDT selisih ‘aib’, curi satu mata di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan mentaliti luar biasa untuk bangkit mengikat kelab Kemboja, PKR Svay Rieng dengan keputusan 2-2 pada aksi Kumpulan B saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh itu, skuad JDT kendalian Xisco Munoz membuat kejutan dengan merombak kesebelasan utama dengan membariskan pemain yang jarang diturunkan seperti Mohamadou Sumareh, Hong Wan, Moussa Sidibe dan Shane Lowry.

Harimau Selatan dilihat gugup pada 45 minit pertama dengan tuan rumah berjaya meraih dua gol hasil penyudah menarik Cristian Roque pada minit ke-30 dan serangan balas pantas yang berjaya disudahkan oleh Nhean Sosidan (m-38).

Tersentak dengan gol tersebut, JDT memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan pemain utama seperti Nacho Mendez dan Natxo Insa.

Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pasukan pelawat membuahkan hasil apabila Shane Lowry berjaya merapatkan kedudukan pada masa kecederaan menerusi situasi sepakan penjuru.

Jaringan tersebut menaikkan semangat JDT dengan kini giliran Lawrence Corbin-Ong mencetak nama selaku penjaring sebelum wisel penamat untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT kekal mendahului Kumpulan B dengan tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN