ALOR SETAR – Ribuan pelancong tempatan dijangka memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi alternatif apabila Hatyai yang terjejas teruk akibat banjir besar belum bersedia menerima kunjungan dalam masa terdekat. Ia ekoran industri pelancongan di Hatyai hanya dijangka pulih sepenuhnya pada penghujung Januari 2026 sedangkan musim cuti persekolahan akan bermula kira-kira dua minggu lagi. Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, dia berharap sektor pelancongan di Langkawi bersedia menerima pelancong dengan menitikberatkan kualiti perkhidmatan masing-masing. “Inilah masanya untuk operator pelancongan menarik…














