fbpx
Mohd. Nizam memeriksa kawad Perbarisan Penganugerahan Pingat PNBB dan Pembubaran Malbatt 850-12 di Pusasda, Port Dickson hari ini.

Pasukan Malbatt 850-13 latih askar Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-13 bukan sekadar menjadi pasukan pengaman terakhir yang me­namatkan penyertaan bersejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), bahkan bertanggungjawab melatih askar Lubnan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaafar berkata, ia me­rupakan salah satu tanggungjawab pasukan dalam me­la­tih Ang­katan Tentera Lubnan (LAF), sementara ATM me­­nyerahkan kawasan-kawasan dan juga tugas di Lubnan yang telah dilaksanakan sejak 2007.

“Pihak ATM juga akan me­ninggalkan sebahagian daripada item kapital untuk dihadiahkan kepada Lubnan, selain akan me­ngosongkan kem di Tibnin dan Harris serta berkumpul ke Kem Marakah.
“Kami sedang meneliti aset apa yang wajar ditinggalkan dan me­mandangkan banyak briged baru yang baharu ditubuhkan di kawasan tersebut, kita akan me­latih mereka untuk interaksi di an­tara dua kekuatan serta perala­tan yang mungkin kita tinggalkan untuk memudahkan mereka me­ngendali dan memahami apa yang sepatutnya,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidma­tan Negara Bangsa-Bangsa Ber­satu (PNBB) dan Pembubaran Malbatt 850-12 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini hari ini.

Beliau berkata, Malbatt 850-13 berkekuatan 532 pegawai dan anggota sahaja dan ATM me­nung­gu maklumat terperinci da­ri­pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun 2026 bagi tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, perancangan sebagaimana yang telah dimaklum, UNIFIL akan berundur pada Di­sember 2026. Kita tunggu Jun nanti sekira­nya mungkin kelompok kecil akan tinggal untuk membawa balik baki-baki yang ada di sana,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ke­putusan untuk menghantar pa­su­kan pengaman ke Gaza di ba­wah mandat PBB, buat masa ini pihaknya masih belum me­ne­rima arahan rasmi berhubung mi­si berkenaan.

“Setakat ini, secara bukan ber­tulis, informal telah dimaklumkan misi itu akan diteruskan tetapi kita belum menerima apa-apa lagi. Namun, kita telah menyediakan pilihan satu, pilihan dua untuk bentuk tugas yang akan diatur gerak ke Gaza nanti termasuklah logistik, kejurute­ra­an dan perubatan.

“Kami telah bersiap sedia un­tuk diatur gerak, hanya me­nung­gu makluman PBB, opsyen mana yang telah dipilih, akan dipilih un­tuk penugasan ketumbukan Ma­laysia nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN