LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery berharap Ollie Watkins kekal dengan prestasi terbaik untuk cuba membantu pasukan raih keputusan lebih positif pada masa akan datang.
Harapan itu dizahirkan selepas Watkins berjaya menamatkan kemarau jaringan ketika menyumbangkan dua menyumbangkan dua gol untuk bantu kemenangan 4-3 ke atas Brighton, awal pagi tadi.
“Dengan kehadiran Ollie, dia memberikan saya keyakinan. Adakalanya keyakinan semakin menurun apabila tidak menjaringkan gol namun akhirnya, dia mampu menghasilkan jaringan buat pasukan.
“Dia kembali mula menjaringkan gol dan saya harap dia mampu mengekalkan keseimbangan, melaksanakan tugas buat pasukan dan cuba dapatkan jaringan buat dirinya,” katanya.
Sebelum ini, Watkins mengharungi 11 perlawanan tanpa jaringan, namun aksinya kali ini cukup luar biasa bagi melengkapkan dua lagi gol daripada Amadou Onana dan Donyell Malen. – AGENSI














