fbpx
Seorang wanita berjalan melepasi pintu masuk jabatan tuberkulosis pernafasan di Hospital Paru-paru Kebangsaan di Hanoi pada 2 April 2024. - AFP

Vietnam mahu laksanakan rawatan hospital percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Sektor kesihatan Vietnam sedang bergerak ke arah pelaksanaan dasar rawatan hospital secara percuma dan pemeriksaan kesihatan berkala untuk semua warganegara selaras dengan Resolusi Politburo No. 72, lapor laman berita VNExpress semalam.

Kementerian Kesihatan Vietnam baru-baru ini mengumpulkan  pendapat orang ramai dan pakar-pakar untuk membantu melaksanakan dasar tersebut.

Timbalan Menterinya, Vu Manh Ha berkata, pada tahun 2024,  kira-kira 94.29 peratus rakyat Vietnam memiliki perlindungan insurans kesihatan.

Rangkaian kemudahan perubatan kini menjangkau peringkat komuniti kecil, manakala kapasiti profesional di peringkat rawatan lanjutan, asas dan rendah meningkat dengan ketara.

“Senarai ubat dan peralatan perubatan yang dilindungi oleh insurans kesihatan serta boleh diakses oleh pesakit yang mempunyai kad insurans telah diperluas secara progresif,” kata Ha.

Bagaimanapun, perbelanjaan menggunakan wang sendiri oleh rakyat menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah kos perubatan, menunjukkan ia kekal tinggi berbanding cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Risiko jatuh miskin akibat penyakit masih berterusan terutamanya bagi golongan miskin, golongan terdedah dan mereka yang hidup dengan penyakit kronik atau jangka panjang. 

Tekanan kewangan isi rumah di negara itu juga terus meningkat melainkan campur tangan dasar awam yang tegas diperkenalkan oleh pemerintah.

“Inilah sebabnya matlamat dasar untuk menuju ke arah sifar yuran hospital merupakan keperluan objektif dan mendesak. Ia mencerminkan sifat berperikemanusiaan sistem dasar sosial Vietnam sambil memastikan hak rakyat untuk mendapatkan penjagaan kesihatan,” kata Ha. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI