fbpx
Gambar hiasan.

Kerajaan tidak akan kurangkan cuti umum – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dimaklumkan, kerajaan tiada sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan Hari Kelepasan Am yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan ekonomi dan kepentingan sosial terutama kesihatan mental pekerja.

“Majoriti negeri mencatat 18 hari (cuti) iaitu jumlah terendah, manakala Sabah dan Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 20 hari. Selebihnya berada pada 19 hari.

“Kerajaan berpendapat cuti bukan satu-satunya faktor penentu produktiviti. Analisis menunjukkan negara seperti India, Filipina, Jepun dan Thailand yang mempunyai bilangan cuti umum tinggi di antara 16 hingga 25 hari masih kekal produktif,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan
Senator Robert Lau Hui Yew kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan hari cuti am sebagai langkah meningkatkan produktiviti negara.

Dr. Zaliha, kerajaan akan terus memfokuskan usaha peningkatan produktiviti melalui strategi yang lebih fundamental termasuk melalui peningkatan kecekapan operasi.

Menurut beliau, ia turut melibatkan peningkatan kemahiran tenaga kerja dan penerapan teknologi dan pendigitalan, berbanding mengambil jalan mudah mengurangkan cuti rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI