fbpx
Mohd Fikry bersama Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa.

Mejar Mohd Fikry rai konvokesyen dengan kembar, seorang masih di NICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bapa yang kehilangan anak sulung akibat tragedi di taska tahun lalu berkongsi berita gembira berjaya menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan (MSDS) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri, 40, turut memuat naik gambarnya memakai jubah konvokesyen sambil memegang dua puteri kembarnya Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa.

Bagaimanapun katanya, kegembiraan itu tidak lengkap tanpa kehadiran isteri, Sabrina Hakiem, 40 dan seorang lagi bayi kembar mereka, Maryam Al Khawla yang kini masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

“Alhamdulillah selesai suka duka dalam menuntut ilmu untuk mendapatkan Master in Strategic & Defence Studies. Pre-konvo sambut bersama Maryam Al Lubna dan Maryam Al Arwaa.

“InsyaAllah ada rezeki lain kita sambut dengan Maryam Al Khawla sekali. Tidak lengkap konvo daddy ni tanpa kehadiran mummy dan triplet kesayangan. Mohon semua doakan keselamatan dan kesihatan Maryam Al Khawla yang kini masih di NICU dan akan menjalani pembedahan jantung,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Mohd Fikry menamatkan pengajiannya selain turut mendoakan kesihatan anaknya.

“Tahniah di atas kejayaan.. Semoga Khawla kuat InsyaAllah terus sihat dan dipermudahkan urusan pembedahan nanti,” kata Nazariah.

“Tahniah tuan, semoga Khawla dipermudahkan urusan,” kata Cikgu Mahfuzah.

Terdahulu, pasangan terbabit sebelum ini pernah kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri yang meninggal dunia di taska pada 6 September tahun lalu ketika berusia lapan bulan.

Pasangan itu kemudian menerima kehadiran tiga cahaya mata perempuan serentak hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN