fbpx
Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah kenderaan lain di kilometer 26.1, Jalan Seremban-Tampin, pagi ini. -Foto IHSAN POLIS

Ajal pengawal keselamatan ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kenderaan lain yang masuk ke persimpangan stesen minyak di Kilometer 26.1, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi ini.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari rumah bakal mentuanya di Kota menghala ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lelaki berusia 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan membabitkan motosikal jenis Honda CBR500R dari arah Tampin dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu oleh seorang lelaki berusia 54 tahun dari arah bertentangan.

“Pemandu Mitsubishi Triton tiba-tiba membelok masuk ke simpang kanan stesen minyak, menyebabkan penunggang tidak dapat membrek lalu terus melanggar bahagian tepi sebelah kiri sehingga mangsa melambung jatuh dibahu jalan sebelah kiri. Kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN