PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba mengambil bola pickleball di sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.43 malam melibatkan mangsa berusia 32 tahun.
“Sebelum kejadian, mangsa telah bermain pickleball di tingkat tiga dan telah memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola.
“Bagaimanapun, mangsa telah terjatuh ke tingkat bawah. Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE














