fbpx
GAMBAR fail sebuah bot disyaki membawa dadah diletupkan tentera AS di perairan Caribbean. - Foto AFP

Negara seludup dadah ke AS akan diserang – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan bahawa mana-mana negara yang menyeludup dadah ke Amerika Syarikat (AS) akan diserang, lapor laman berita Arab News semalam.

“Sesiapa yang melakukan perkara itu dan menjualnya ke negara kita boleh diserang,” kata Trump kepada wartawan semasa mesyuarat Kabinet di White House, Washington, DC.

Beliau berkata demikian selepas membangkitkan isu kokain dari Colombia. 

Presiden Colombia, Gustavo Petro membalas kenyataan Trump dalam satu hantaran di platform X dengan menyatakan bahawa negara Amerika Selatan itu memusnahkan sebuah makmal penghasilan dadah setiap 40 minit tanpa menggunakan peluru berpandu.

Trump sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah melancarkan serangan terhadap bot-bot yang didakwa menyeludup dadah di rantau Caribbean dan Pasifik, menyebabkan puluhan orang terbunuh melalui serangan peluru berpandu.

Pasukan tentera AS telah meningkatkan kehadiran di Laut Caribbean, dengan ketegangan antara Trump dan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro yang berjiran dengan Colombia, semakin memuncak.

Pentadbiran Trump menuduh Maduro memainkan peranan utama dalam membekalkan dadah haram yang menyebabkan kematian ramai rakyat Amerika, dakwaan yang dinafikan oleh Maduro. 

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Trump turut menyuarakan kemungkinan campur tangan ketenteraan AS di Venezuela. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN