HASIL serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah pusat spa dan kesihatan di ibu negara, baru-baru ini mencetuskan kebimbangan baharu kepada masyarakat. Situasi tersebut memberi gambaran jelas bahawa wujudnya ramai golongan lelaki yang mempunyai sisi kehidupan berbeza-beza, bertentangan dengan fitrah manusia serta agama. Ia sekali gus menimbulkan keresahan umum terutamanya para wanita, isteri selain ibu bapa. Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, ia adalah satu bentuk kecurangan moden tanpa sebarang tanda-tanda tradisional.……














