fbpx
Gambar hiasan.

Labur RM136,400, dapat pulangan cuma RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Hasrat seorang peniaga untuk meraih keuntungan berganda tidak kesampaian malah dia pula kerugian RM136,400 akibat diperdaya skim pelaburan yang tidak wujud.

Lelaki berusia 51 tahun yang sekadar memperolehi pulangan pelaburan awal sebanyak RM700 membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, lelaki tersebut tertarik dengan iklan skim pelaburan berkenaan yang dilihatnya menerusi laman Facebook pada 2 Oktober lalu.

“Mangsa yang berminat telah berhubung dengan suspek yang mengaku kononnya penganjur skim pelaburan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. Dia kemudiannya membuat pelaburan keseluruhan RM136,400,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, pembayaran modal pelaburan itu dilakukan peniaga tersebut menerusi 33 transaksi ke dalam lapan akaun bank berasingan antara 5 Oktober hingga kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI