fbpx
Azam bercakap pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Peguam Albert Tei turut disiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan peguam Albert Tei iaitu Mahajoth Singh akan disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berasingan terhadap Mahojoth dijangka berjalan minggu hadapan susulan beliau enggan menyerahkan eksibit berkaitan kes rasuah anak guamnya kepada SPRM.

“Siasatan telah dibuka terhadap Mahajoth mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 berhubung keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM. Peguam berkenaan pada asalnya dikategorikan sebagai saksi kerana beliau mempunyai keterangan dan eksibit yang diperlukan oleh pegawai penyiasat.

“Mengikut undang-undang, notis telah diserahkan untuk beliau hadir ke pejabat SPRM. Beliau hadir dua hari lalu tetapi masih enggan memberikan keterangan dan menyerahkan eksibit yang diminta,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kertas siasatan telah dibuka berhubung perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI