PADANG BESAR – Industri pelancongan Thailand dijangka pulih sepenuhnya pada hujung Januari tahun depan selepas sebahagian besar bandar itu ditenggelami banjir besar baru-baru ini. Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-ASEAN, Aida Oujeh berkata, pendapatan industri pelancongan di bandar terbesar di selatan Thailand itu juga diunjur mengalami kemerosotan antara 30 hingga 40 juta Thai Baht (THB) (RM3.9 juta – RM5.2 juta) bulan ini. “Janaan pendapatan daripada kehadiran pelancong dijangka merudum kerana kebanyakan infrastruktur pelancongan mengalami kerosakan dan mengambil masa untuk……














