fbpx
Tangkap layar video memaparkan imej kucing berkenaan yang telah hilang sejak dua minggu lalu.

[VIDEO] ‘Ganjaran RM1,000 kalau jumpa kucing ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Siapa terambil kucing ni di Medan Selera Presint 9 Putrajaya, mohon pulangkan balik”.

Itu permintaan pemilik seekor kucing putih dan berekor hitam di sebuah gerai menjual cendol di Putrajaya iaitu Cendol Hok Aloh.

Menerusi hantaran di media sosial, pemiliknya juga menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui haiwan berkenaan.

“Mohon pulangkan balik, dua minggu hilang. Ganjaran RM1,000,” katanya.

Hebahan itu meraih perhatian orang ramai yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak mengambil kucing itu tanpa izin selain menggesa agar ia dipulangkan kembali.

“Sedihnya, kita dah jaga tiba-tiba ada orang ambil atau buang dia,” ujar @Sunflower.

“Bagi balik kucing bro ni. Kucing dah macam keluarga, aku faham,” komen @White Beard.

“Kejap lagi saya cari kak, saya duduk kawasan situ,” maklum @Awie95. – KOSMO! ONLINE

@cendolhokalohputrajaya Sapa terambil kucing putih dan berekor hitam ni di Medan Selera presint 9 Putrajaya. Mohon pulangkan balik 😭. Dah 2 minggu hilang 😭#Putrajaya #kucinghilang #fyp #catlover ♬ original sound – 𝒎𝒊𝒏𝒚𝒊𝒏⋆

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN