fbpx
Suspek (depan) turun dari trak polis semasa tiba untuk prosiding sambung reman di Mahkamah Majistret Bachok, Bachok hari ini.

Reman mangsa banjir ‘sentuh’ remaja perempuan di PPS disambung tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Tempoh reman seorang lelaki yang dicekup selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan semasa mereka berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini pada Rabu lalu disambung tiga hari.

Lanjutan reman yang bermula hari ini hingga Rabu terhadap lelaki berusia 21 tahun itu dibenarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli.

Perintah sambung reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan trak polis kira-kira pukul 9 pagi untuk prosiding sambung reman.

Lelaki itu sebelum ini sudah ditahan reman selama lima hari bermula Rabu lalu untuk membantu siasatan kes tersebut.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dicekup selepas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan semasa mereka berlindung di sebuah PPS di daerah ini pada Rabu lalu.

Suspek berusia 21 tahun yang turut ditempatkan di PPS berkenaan disyaki mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun kira-kira pukul 11 pagi pada hari yang sama.

Menurut sumber, mangsa tidak mengenali suspek dan mereka hanya berbual-bual ketika berada di PPS berkenaan.

“Lelaki itu dipercayai mencabul mangsa sebelum remaja berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd. Ismail Jamaluddin berkata, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI