fbpx
Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok

[VIDEO] ‘Alasan nak teman anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa bermain hujan bersama anak-anaknya mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi 21 saat yang dikongsi di TikTok, lelaki tersebut kelihatan seronok bermain hujan di hadapan rumahnya.

“Teringat zaman 90-an,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat gelagat lelaki itu termasuk ada yang berkongsi kenangan bermain hujan semasa kecil dahulu.

“Alasan nak teman anak, padahal ayah lama nak main,” kata Botak.

“Suami saya pun begini, kalau hujan minta nak mandi dengan anak-anak alasan dia nak pantau anak-anak mandi hujan,” kata Zahirah.

“Teringat dekat diri sendiri, hari itu hujan lebat dekat rumah saya, lepas itu jadi terliur nak mandi hujan. Anak saya berapa kali tanya, umi pun nak mandi hujan juga ke?,” kongsi Kangkung belacan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 47,000 kali. – KOSMO! ONLINE

@mohdalamin15 ye mari dgn nerat tringat zaman 90an ..#musinbohnkmaridoh#fyppppppppppppppppppppppp ♬ เสียงต้นฉบับ – ✪☆🔰_ชู _SU_🔰☆✪ – ✪☆🔰 _SU_🔰☆✪

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN