KUALA LUMPUR – Dunia Pokèmon mencuri perhatian peminat sempena Pokémon Happy Holidays yang berlangsung hingga 4 Januari, tahun hadapan, di sini, malam tadi.
Menurut Pengurus Besar Operasi LaLaport BBCC, Hiroaki Kazume, teruja membawa suasana budaya Jepun bertemakan Pokèmon serta kehadiran maskot Pikachu.
“Kehadiran dunia Pokèmon pada penghujung tahun ini sebagai destinasi pilihan berteraskan budaya Jepun sekali gus menawarkan pengalaman unik kepada peminat Pokèmon.
“Sepanjang dua bulan ini, Pikachu menceriakan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik, sesuai untuk keluarga dan para peminat Pokèmon dengan peluang mengikuti pengalaman unik ini,” katanya.
Tambahnya, pengunjung juga berpeluang mengikuti pengalaman baharu dalam dunia Pokèmon melalui tutorial permainan digital, Nintendo Switch Pokèmon Legends: Z-A dalam siri tersebut.
Selain itu, kedai pop-up runcit bertemakan animasi dari Jepun dengan tawaran daripada pelbagai koleksi edisi terhad sempena musim perayaan.
“Para pengunjung berpeluang menyertai aktiviti pemburuan pelekat Pokèmon hanya dengan berbelanja RM10 di mana-mana kedai pop-up runcit,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik dan tawaran diberikan kepada para pengunjung sempena musim cuti hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE















