PETALING JAYA – Tindakan licik seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita di sebuah surau hampir tidak disedari jemaah, sebelum dia melarikan dua beg milik jemaah yang sedang sujud dalam solat.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan, suspek dilihat memasuki ruang solat wanita secara senyap-senyap ketika beberapa jemaah sedang menunaikan solat.
Suspek lelaki yang memapakai jersi hijau serta berkain pelekat itu bertindak pantas mengambil dua beg berhampiran saf hadapan sebelum beredar.
“Harap tak ada barangan berharga dalam beg itu,” tulis pengendali akaun media sosial di ruang kapsyen rakaman tersebut.
Sementara itu, netizen menzahirkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, apatah lagi dilakukan di dalam rumah ibadah.
“Perbuatan yang sia-sia. Semoga bertaubat,” kata Chietiez.
“Masa solat di surau bawa telekung sahaja kalau boleh, saya pakai beg silang dekat badan sebelum sarung telekung solat. Kes ini biar Allah bagi balasan, geram aku,” kata seorang pengguna.
“Biar Allah ambil balik kaki tangan tu, dah bagi tapi tak nak usaha, pergi curi orang punya. Biar Allah tarik nikmat tu. Biar tiada kaki tangan, nak sangat mencuri,” komen Yurmanirshad. – KOSMO! ONLINE















