fbpx
MOHD. FARED menyampaikan cek cura sumbangan makanan pelajar SPM B40 sebanyak RM2.5 juta kepada wakil dari Jabatan Pendidikan Johor sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksklusif MAINJ, Mohd Radzi Mohd Amin pada Program Gerobok Ar-Rizq di Masjid Dalam Negeri Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

400 bekas ahli GISB taubat nasuha Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Lebih 400 bekas ahli Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) bakal menyertai Kursus Pemantapan Akidah dan Program Istitabah di Masjid As’Syifa, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Ahad ini.

Program bermula pada pukul 10 pagi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh kefahaman akidah umat Islam serta membimbing mereka kembali kepada ajaran yang benar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid, program berkenaan turut menyaksikan pelaksanaan sesi taubat nasuha secara beramai-ramai oleh bekas ahli GISB.

“Ini adalah langkah penting dalam memastikan mereka benar-benar kembali ke pangkal jalan dan memahami akidah yang sahih.

“Kita mahu proses pemantapan ini dilakukan secara berstruktur, bersepadu dan berkesan,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Program Gerobok Ar-Rizq di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, usaha membanteras ajaran sesat di Johor kini diperkukuh melalui pindaan terhadap empat enakmen utama yang memberi tumpuan khusus kepada penyebaran fahaman songsang di platform digital termasuk media sosial.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN