fbpx
BARISAN atlet dan penaja mengambil gambar pada sidang akhbar kejohanan di Sunway Megalanes hari ini.

Kejohanan berprestij Asia kembali lebih meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua bintang muda boling negara, Ethan Damien Goh dan Adelia Nur Irwan Syazalee menjadi sandaran terbaik untuk merangkul gelaran Kejohanan Remaja Antarabangsa All-Stars MILO Storm bawah 22 tahun (B22) 2025.

Kehadiran mereka bersama ramai lagi pemain negara dijangka meningkatkan intensiti kejohanan remaja berprestij Asia yang kini memasuki edisi ke-22 bakal diadakan di Sunway Megalanes dari 3 hingga 14 Disember ini.

Ethan, 15, menikmati kempen cemerlang tahun ini selepas mencipta sensasi menjuarai kategori remaja dan terbuka lelaki pada Terbuka Antarabangsa Malaysia, April lalu selain turut menjadi watak penting meraih emas berganda Kejohanan Remaja Asia.

Adelia, 18, yang kini bersama skuad kebangsaan di Hong Kong, juga tidak kurang hebatnya dan dijangka turun dengan keyakinan tertinggi susulan kejayannya membuat debut pada Kejohanan Dunia IBF 2025.

Pastinya persaingan sengit bakal tercetus memandangkan kejohanan itu berjaya menarik lebih 800 penyertaan daripada 16 negara dengan Singapura menjadi kontinjen terbesar (288 atlet) diikuti Korea Selatan (82), Australia (45) dan Jepun (25).

“Sepanjang dua dekad setengah lalu, kejohanan ini berkembang menjadi pemangkin sebenar buat pembangunan remaja di Asia kerana menyediakan platform kepada pemain-pemain boling bertaraf dunia mula meninggalkan jejak mereka.

“Daripada juara yang sudah terbukti seperti Rafiq Ismail kepada bintang meningkat naik, Ethan Damien Goh, begitu ramai bakat memulakan karier mereka di sini dari divisiyen B-12 dan B-15.

“Ikon global seperti Jason Belmonte (Austgralia) pernah bersaing di sini semasa tahun-tahun awal kariernya. Ini membuktikan perkembangan kejohanan dan kami komited meningkatkan tarafnya ke tahap lebih tinggi,” kata Pengarah Sunway Megalanes, Foong Tak Meng.

Ketua Pemasaran Sukan Nestle Malaysia, Kerwin Lim juga berbangga meneruskan kerjasama panjang dengan kejohanan itu yang kini sudah memasuki edisi Jubli Perak tahun ini.

“Ia memainkan peranan penting membetuk juara generasi baharu Malaysia sambil memperkukuh landskap boling remaja di seluruh Asia. Ia satu penghormatan menjadi sebahagian daripada perjalanan atlet-atlet muda,” jelasnya.

Ia turut mengukuhkan statusnya sebagai kejohanan remaja yang menawarkan hadiah kemenangan termahal di benua Asia dengan nilai keseluruhan RM265,800, peningkatan 22 peratus daripada tahun lalu sebanyak RM58,700. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN