fbpx
Wanita itu dipaksa mengelilingi pasar sambil memakai kalung diperbuat daripada kadbod yang bertulis ‘Saya Pencuri’. - TikTok

Wanita diarak pakai kadbod ‘saya pencuri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian ramai apabila dipaksa berarak mengelilingi sebuah pasar di Indonesia dengan memakai kadbod tergantung yang bertulis ‘saya copet’ atau ‘saya pencuri’, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Pasar Besar Tanah Abang, Jakarta Pusat pada Ahad lalu. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita dikenali sebagai EA, 43, melepasi beberapa kedai sambil diiringi pasukan pengawal keselamatan. 

EA ditahan selepas didakwa mencuri dompet milik salah seorang pengunjung. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menggesa agar EA mengelilingi pasar sambil memakai kadbod tergantung yang bertulis ‘saya pencuri’.

Ketua Polis Tanah Abang, Komisioner Haris Akhmad Basuki berkata, ada antara mereka yang bercadang untuk mencukur rambut pelaku tetapi ditolak. 

“Setelah perarakan itu selesai, EA dibenarkan pulang dan dompet yang dicuri telah dikembalikan kepada pemiliknya,” kata Haris. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN