fbpx
Kakitangan DOF Selangor mengambil data lengkap ikan lumba-lumba itu dibantu penduduk setempat. FOTO IHSAN DOF Selangor

Ikan lumba-lumba mati terdampar mungkin sebab arus atau tersesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian ikan lumba-lumba yang ditemukan terdampar di sebuah resort di sini semalam sedang giat dijalankan.

Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, terdapat pelbagai kemungkinan kepada penyebab kematian ikan lumba-lumba spesies Indo-Pacific Bottlenose Dolphin (Tursiops aduncus) sepanjang 221 sentimeter dengan anggaran berat 120 kilogram itu.

“Antaranya disebabkan oleh arus atau tersesat, tersangkut jaring atau pukat hantu, pelanggaran kapal dan sebagainya. Faktor alam seperti ribut dan air pasang besar juga boleh menjadi penyebab kepada kematian ikan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, penemuan bangkai ikan oleh penduduk setempat itu diketahui selepas menerima laporan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum pihaknya segera ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya dengan dibantu penduduk kampung mengambil data lengkap mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan (DOF).

“Sampel gigi dan kulit ikan lumba-lumba turut diambil bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Data berkaitan kejadian direkodkan untuk pemantauan kes ikan lumba-lumba terdampar di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, bangkai haiwan itu ditanam berhampiran kawasan tersebut untuk tujuan pelupusan.

Kosmo! semalam melaporkan bangkai ikan lumba-lumba ditemui terdampar di bawah kolong sebuah resort kira-kira pukul 1.45 tengah hari. Bangkai ikan itu pertama kali dilihat seorang individu yang sedang mencari remis sebelum memaklumkan kepada bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN