PETALING JAYA – “Dekat sini kita dapat lihat perempuan memang pandang duit.”
Itu reaksi pengguna TikTok selepas seorang warga asing mengira wang tunai mencecah ribuan ringgit, menarik perhatian ramai yang berpura-pura menjadi teman wanitanya.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Ismailhossain, lelaki berkenaan dilihat mengira beberapa keping duit dipercayai bernilai hampir RM9000 yang bersusun di atas meja.
Bukan jumlah wang itu sahaja yang menarik perhatian ramai, malah komen kreatif daripada netizen yang berlakon menjadi pasangan lelaki warga asing tersebut.
Video berdurasi 23 saat itu menarik perhatian ramai sekali gus meraih hampir 72,000 ribu tanda suka serta 80,200 ribu perkongsian di media sosial.
“Maaf semua, teman lelaki saya memang suka kira-kira duit macam ini,” komen @Fazilahh18
“Abang, balik awal ye malam ini. Saya masak nasi briyani nanti,” komen @Cherrynareen.
“Sayang, dah makan ke? Kalau belum, singgah rumah dahulu. Tapi basah sikit sebab musim banjir,” komen @Amoyyyyyy._0.
“Bahaya bawa duit banyak-banyak macam ini. Sini saya tolong simpankan separuh dalam dompet saya,” komen @Celverinaa. – KOSMO! ONLINE















