fbpx
EZE (kanan) gembira selepas berjaya meledak hatrik ke atas Spurs dalam aksi EPL kelmarin. - AFP

Peluang Arsenal ‘gayat’ di puncak UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menagih magis Eberechi Eze untuk membantu pasukan mengharungi minggu yang sukar menjelang aksi bertemu Bayern Munich dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Emirates awal pagi esok.

Eze mula menunjukkan belang sebenar selepas meledak jaringan hatrik untuk membantu The Gunners menang 4-1 ke atas seteru tradisi, Tottenham Hotspur dalam aksi domestik kelmarin.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengakui tidak terkejut dengan prestasi Eze dan kini berharap pemain antarabangsa England itu dapat membantu pasukan meraih tiga mata ke atas Bayern nanti.

“Bukan mudah untuk mana-mana pemain menjaringkan gol hatrik pada aksi derbi menentang Spurs. Ia adalah perlawanan yang sukar tetapi Eze melakukannya dengan mudah.

“Sudah tentu kita menagih sentuhan pemain hebat sepertinya untuk terus memberikan impak buat pasukan pada dua perlawanan menentang Bayern dan Chelsea minggu ini,” kata Arteta.

Sementara itu, Eze enggan mendabik dada dengan prestasi semasa sebaliknya memuji barisan kejurulatihan The Gunners untuk bantu meningkatkan prestasinya ke tahap yang lebih baik.

“Sejak berhijrah (daripada Crystal Palace), Arteta banyak membantu saya untuk beraksi dengan lebih baik dan saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” kata pemain berusia 27 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN