fbpx
Sebahagian pelajar dan kakitangan UUM yang terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir.

Banjir Hatyai: Operasi pindah pelajar, staf UUM tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Operasi untuk memindahkan 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ke tempat selamat ditangguhkan seketika ekoran hujan lebat melanda Hatyai, Thailand.

UUM dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hatyai akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda.

Katanya, kebajikan dan keselamatan semua pelajar dan staf adalah keutamaan universiti.

“Kita sedang memantau keadaan ini secara berterusan dan berhubung rapat dengan konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.

“Setakat ini kesemua pelajar dan pensyarah pengiring dilaporkan dalam keadaan selamat dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih,” katanya.

Seramai 36 pelajar serta empat pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) yang mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 telah terkandas buat sementara waktu di Hatyai sejak 22 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI