MENAKJUBKAN. Itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan kecanggihan teknologi Stadium Bernabeu di Madrid, Sepanyol yang bukan saja jadi gelanggang ‘pertempuran’ bola sepak, malah mampu bertukar kepada lokasi pelbagai acara seperti bola sepak Amerika, bola keranjang, tenis, konsert dan sebagainya. Dengan melakukan kerja transformasi yang digerakkan oleh kejuruteraan dan automasi berprestasi tinggi, teknologi luar biasa berjaya diterapkan pada stadium yang sebenarnya telah berusia 78 tahun itu. Proses renovasi Stadium Bernabeu yang bermula pada pertengahan 2019 telah menjalani pelbagai fasa pengubahsuaian agar……















