fbpx
TEKNOLOGI robotik EMMA mampu memetakan titik-titik ketegangan secara saintifik dan membantu sesi terapi menjadi lebih efektif.

Terapi konsep ‘intelligent healing’ gabung AI, robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNIA kesihatan dan terapi tubuh badan kini melangkah ke satu aras baharu menerusi gabungan kecerdasan buatan (AI) yang direalisasikan dalam kolaborasi teknologi dan kepakaran.

Teknologi tersebut juga telah memasuki segmen terapi tubuh badan di Malaysia oleh pusat terapi dan rawatan kesihatan Aluna Signature yang membawakan pendekatan yang unik melalui gabungan kecerdasan buatan (AI), robotik dan warisan Royal Bali Treatment.

Menurut Pengerusi Aluna Group, Ayu Zaimah, konsep itu dikenali sebagai intelligent healing iaitu satu kaedah yang menyeimbangkan ketepatan teknologi moden dengan sentuhan tradisional yang telah dipraktikkan sejak turun-temurun.

“Pusat rawatan ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat moden yang berdepan tekanan hidup, postur yang lemah dan kualiti tidur yang merosot.

“Aluna Signature dapat memahami punca dan memberikan penyelesaian yang lebih menyeluruh,” katanya semasa berucap pada pelancaran cawangan baharu Aluna Signature, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, semakin ramai individu yang mengalami sakit belakang, ketegangan otot serta stres berpanjangan, jadi kehadiran Aluna Signature menjadi alternatif baharu untuk tubuh serta emosi secara holistik.

Tarikan utama Aluna Signature ialah penggunaan teknologi robotik EMMA (Expert Manipulative Massage Automation), hasil kerjasama penyelidikan dengan Nanyang Technological University (NTU), Singapore General Hospital dan Mayo Clinic, Amerika Syarikat.

Menjelaskan tentang EMMA, Pengarah Pembangunan Perniagaan Aluna Signature, Zulfirdaus Zulkafli memberitahu, mesin itu menggunakan sensor berteknologi tinggi untuk mengesan ketegangan otot, postur badan dan titik tekanan dengan ketepatan yang konsisten.

“Melalui analisis data ini, ahli terapi kami dapat menyediakan rawatan yang lebih tepat, berkualiti dan berfokus kepada punca masalah iaitu sesuatu yang sering terlepas dalam rawatan urutan konvensional.

“Ramai pesakit hanya menghilangkan kesakitan secara sementara tanpa meneliti punca sebenar ketidakselesaan tersebut.

TARIKAN utama Aluna Signature ialah penggunaan teknologi robotik EMMA hasil kerjasama penyelidikan dengan Nanyang Technological University (NTU), Singapore General Hospital dan Mayo Clinic dari Amerika Syarikat. – AFIQ RAZALI

“EMMA hadir sebagai penyelesaiannya kerana teknologi ini mampu memetakan titik-titik ketegangan secara saintifik dan membantu sesi terapi menjadi lebih efektif,” ujarnya.

Katanya lagi, ketepatan robotik itu meningkatkan standard rawatan moden yang menjadikan setiap sesi lebih konsisten dan bersesuaian dengan keadaan tubuh individu.

Di samping itu, pusat terapi tersebut tidak hanya bergantung kepada teknologi semata-mata.

Royal Bali Treatment iaitu satu rawatan eksklusif berinspirasi daripada ritual penyembuhan istana Bali turut ditawarkan sebagai pelengkap pengalaman.
Rawatan itu menggabungkan teknik urutan tradisional Bali, minyak herba eksklusif dan ramuan purba yang telah diformulasi semula untuk memenuhi keperluan masyarakat moden.

Fokus utama terapi itu adalah keseimbangan tenaga, keharmonian tubuh dan ketenangan emosi bagi mereka yang mahukan pengalaman pemulihan lebih mendalam serta mewah.

“Gabungan teknologi EMMA dengan Royal Bali Treatment memberikan dua dimensi rawatan yang saling melengkapi.

“Pertamanya, menawarkan ketepatan saintifik, manakala satu lagi menghubungkan tubuh melalui sentuhan terapeutik yang berakar pada tradisi.

“Kombinasi ini sebagai formula lengkap yang mengharmonikan kecerdasan buatan dan kebijaksanaan penyembuhan tradisi untuk menghasilkan pengalaman pemulihan menyeluruh,” kongsi Zulfirdaus.

Setiap sesi rawatan di Aluna Signature direka secara peribadi mengikut keperluan individu.

Pendekatan tersebut bagi memastikan setiap pelanggan bukan sahaja merasai kelegaan fizikal, malah pemulihan mental dan emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN