fbpx
Cawan seramik yang tersangkut dalam rektum seorang lelaki di Taiwan. - ETtoday

‘Saya tidak tahu, ia satu kemalangan!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan tidak menyangka masalah sembelit yang dialami selama tiga hari berpunca daripada cawan seramik sepanjang 8 sentimeter berada di dalam duburnya, lapor portal berita Must Share News. 

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu datang ke sebuah hospital di bandar Taichung untuk mendapatkan rawatan selepas tidak boleh membuang air besar selama beberapa hari. 

Hasil ujian X-ray mendedahkan bahawa cawan seramik berdiameter 6 sentimeter dan panjang 8 sentimeter tersekat di dalam duburnya. 

Doktor-doktor cuba menarik keluar cawan itu dengan penyepit tetapi gagal akibat permukaan licin. 

Mereka terpaksa melakukan pembedahan kecemasan di bahagian perut bagi mengeluarkan cawan itu dengan selamat. 

Apabila disoal tentang bagaimana cawan itu boleh tersangkut di dalam duburnya, itu berkata: “Saya tidak tahu, ia satu kemalangan!”. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN