fbpx
Lady Gaga mendedahkan berdepan gangguan mental disebabkan komitmen filem A Star Is Born.

Berlakon filem buat Lady Gaga berdepan masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA sangka, pembikinan filem A Star Is Born bersama aktor Bradley Cooper membuatkan heroin juga penyanyi ternama Lady Gaga berdepan tekanan sehingga perlu berjumpa psikiatrik.

Ditayangkan pada 2018, naskhah muzikal romantik yang berkisar jatuh bangun seorang penghibur wanita dalam arena seni mencetuskan gangguan mental terhadap dirinya.

Lady Gaga yang kini berusia 39 tahun mengakui proses penggambaran yang serba mencabar menjadikannya individu berbeza, sekali gus membimbangkan insan terdekat.

“Apabila suatu hari adik saya memaklumkan saya bukan lagi seperti dulu, saya terus membatalkan konsert jelajah bagi memberi fokus terhadap kesihatan diri.

“Memang saya ‘tumbang’ ketika itu. Saya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri. Itu sangat menakutkan.

“Ada masa ketika saya berasa tidak akan pulih tapi saya sangat bertuah  masih hidup. Mungkin terdengar dramatik, tapi kita tahu pengakhiran episod mental ini,” katanya dalam satu temubual.

Mengambil masa dua tahun untuk kembali tenang, penyanyi lagu Bloody Mary itu menjelaskan, sokongan insan sekeliling terutama tunangnya, Michael Polansky membuatkan kehidupannya semakin positif.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI